Selalunya kita dengar Malaysia dikatakan sebuah negara yang ‘lambat’ lagi mahu maju tetapi siapa sangka, baru-baru ini, netizen Malaysia merasakan negara ini jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan negara luar.
Malaysia jauh lebih baik dari negara luar
Dapat dilihat di laman X, ramai netizen berkongsikan pengalaman mereka melancong di negara luar dan boleh dikatakan, hampir ke semua meluahkan rasa syukur menjadi rakyat Malaysia.
Salah seorang netizen berkongsikan pengalamannya bercuti di India, dia merasakan, biarpun di Malaysia masih ada golongan miskin tetapi tidak seperti di India, di mana golongan miskin di sana mencuci muka menggunakan air lopak tepi jalan serta berhadas dalam longkang.
Rakyat bersyukur lahir di Malaysia
Bukan itu saja, malah kelebihan di Malaysia iaitu waktu solat tidak berubah sepanjang tahun, keadaan geografi, kemudahan yang bersih, pelbagai jenis makanan serta buah-buahan dan perkembangan ekonomi yang pesat merupakan faktor utama netizen gembira menjadi anak Malaysia.
Salah satu faktor penting yang membuatkan Malaysia jauh lebih baik apabila berkaitan dengan bidet di dalam tandas kerana kebanyakan negara di Eropah dan Amerika tidak mempunyai bidet.