Bersyukur Kerana Masih Belum Kahwin, Zul Ariffin Beri Senarai Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

Hiburan

Bersyukur Kerana Masih Belum Kahwin, Zul Ariffin Beri Senarai Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

Jika dahulu, pelakon kacak Zul Ariffin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa menunda rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini, namun sehingga kini masih belum ada berita susulan daripada pengumuman tersebut.

Dia yang begitu berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu hanya memberi gambaran bahawa teman wanitanya itu bukan dari kalangan selebriti dan tidak beragama Islam.

Advertisement

Zul yang ditemui media baru-baru ini berkata di memerlukan seseorang wanita yang dapat memahami sikapnya yang mengutamakan kerja dan tidak gemar dikongkong dalam sesebuah perhubungan.

View this post on Instagram

??? @mcmworldwide #MCM #MCMKL @themeliumgroup #Melium #TheMeliumGroup

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini yang sudah menjangkau umur 34 tahun berkata lagi , ciri-ciri tersebut amatlah wajar kerana penting bagi dirinya mengutamakan kerjaya sebagai pelakon terlebih dahulu kerana peluang tidak selalu datang bergolek.

“Saya sebenarnya bersyukur sehingga kini masih belum berkahwin dan saya tiada masalah untuk hidup bujang kerana fokus boleh ditumpukan sepenuhnya pada aktiviti bekerja. Apatah lagi saya sangat suka bekerja,”

View this post on Instagram

Good morning! ??

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Tambahan dalam situasi ketika ini yang masih lagi belum reda akibat pandemik COVID-19, Zul menjelaskan bahawa dirinya mula tertekan dan agak menguji ketahanan apabila terlalu lama berada di rumah.

Dalam pada itu, Zul mengakui yang dia agak terkejut apabila mendapati banyak paparan kisah rumah tangga yang tidak enak didengar telah berlaku sepanjang tempoh pandemik ini.

View this post on Instagram

Tak payah tanya la menang ke tak.. kemonnn ?????? . #RyanAralyn

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Perkembangan terkini, Zul Ariffin dilaporkan telah terpilih sebagai salah seorang watak utama selain Zizan Razak dan Jack Lim dalam filem Juang terbitan tiga produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

FIlem tersebut bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi dan mengisahkan perjuangan golongan barisan hadapan (frontliners) seperti petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan banyak lagi dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...