“Bersyukur Jika Benar..” – Laudya Cynthia Bella Didakwa Sudah Bergelar Isteri Ketiga Kepada Pendakwah Terkenal?

Hiburan

“Bersyukur Jika Benar..” – Laudya Cynthia Bella Didakwa Sudah Bergelar Isteri Ketiga Kepada Pendakwah Terkenal?

Agak kecoh seketika di media hiburan negara seberang apabila muncul desas desus mengatakan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella didakwa sudah menamatkan zaman janda setelah empat tahun bercerai dengan Engku Emran.

Khabar tersebut mula menjadi tular apabila ia dikongsi di laman sosial popular Indonesia, Lambe Turah.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, muncul dakwaan yang mengatakan Laudya sudah bergelar isteri ketiga kepada seorang lelaki bergelar pendakwah yang terkenal di negara seberang.

Selamat atas pernikahan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri, semoga makin tambah rezekinya, berkat dan selamat dunia akhirat.

Difahamkan, majlis pernikahan Laudya dengan pendakwah tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan dibuat secara tertutup.

Laudya Cynthia Bella didakwa sudah bernikah

Meskipun pelakon itu masih belum tampil memberi sebarang kenyataan rasmi, berita pernikahan tersebut mendapat respon positif daripada netizen seberang apabila rata-ratanya meninggalkan ucapan tahniah buat Laudya dan Nuzul Dzikri.

“Bersyukur jika benar Bella menjadi isteri ketiga Ustaz Nuzul Dzikri” komen seorang netizen.

Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Erra Fazira, Engku Emran namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ben Amir beri penjelasan pegang anjing
2 months ago

"Sibuk Nak Haramkan Macam Tiada Otak, Ini Anjing 'Pengawal'" - Ben Amir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...