Polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan dakwaan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis tahnik anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Berikutan itu, polis telah memanggil lapan individu termasuk penganjur majlis untuk memberi keterangan.
Terbaru, penyanyi ini sekali lagi menjadi bualan selepas memuat naik status di Instagram Story. Meninjau ke ruangan Twitter, netizen mempertikaikan sensitiviti Siti Nurhaliza mengenai isu yang diperkatakan.
Mereka turut meluahkan rasa sedih apabila penyanyi kesayangan ramai ini seolah-olah tidak mengerti mengapa netizen menjadi terlalu marah.
Tambah mereka, isu perlanggaran SOP bukanlah sesuatu yang remeh kerana ada yang dilarang pulang menziarah ibu bapa sudah sekian lama.