Sejak berita tentang pelakon terkenal Erra Fazira, 50, yang dikatakan sedang bercinta menjadi perhatian utama media, ramai netizen mula meneka siapa lelaki bertuah yang telah berjaya memikat hatinya.
Menurut sumber, lelaki yang dikaitkan dengan hubungan istimewa bersama primadona filem negara itu dikenali sebagai Ezwan Zain, 44, seorang usahawan yang memiliki kafe kuih terkenal di sekitar Lembah Klang.
Spekulasi semakin kukuh apabila Ezwan turut memuat naik gambar Erra dalam InstaStory ketika mereka berdua keluar makan malam sempena sambutan tahun baharu.
“Terima kasih belanja makan malam awak. Selamat tahun baru dan salam Rejab,” tulisnya.
Sebuah tinjauan Kosmo! Online di Instagram penyampai radio Sinar FM, Falyq Hikyle, menunjukkan Erra dan Ezwan bersama-sama di sebuah pusat karaoke semalam untuk meraikan hari lahir Ezwan.
Sementara itu, dalam satu temubual dengan sebuah akhbar tempatan, Erra enggan mengulas lanjut mengenai hubungan dengan lelaki yang dimaksudkan dalam ucapan InstaStorynya.
“Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi saya juga yang malu nanti,” katanya.
Terdahulu, ucapan Erra dalam InstaStory untuk seseorang telah menjadi bualan ramai kerana dianggap penuh romantis, disertakan dengan lagu Semoga Abadi nyanyian Misha Omar.
Gambar bayangan seorang lelaki dan perempuan yang gelap turut menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa di hati pelakon terkenal itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.