Tular di media sosial semalam mengenai satu video memaparkan seorang anggota JPJ telah dirempuh penunggang yang membawa motosikal secara merbahaya dan laju di sebuah lebuh raya di Negeri Sembilan.
Difahamkan, penunggang motosikal itu tiada lesen memandu dan insurans kenderaan. Manakala anggota JPJ itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu.
Video itu kemudiannya menjadi viral di TikTok dan aplikasi X terutamanya. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila sesetengah netizen seolah-olah menyokong aksi merbahaya dan mencemuh anggota JPJ yang bertugas.
Abang 125 tu macam mana? JPJ tu aku tak kesah.
Rasa puas pulak tengok kena langgar.
Menerusi pemerhatian, hampir keseluruhan komen di video berkenaan meninggalkan ayat ‘bersyukur’ anggota JPJ mengalami kemalangan hanya kerana melakukan sekatan jalan raya.
Benar seperti dijangka.. Penternakan manusia bangang paling pesat sedang berlangsung di sana.. pic.twitter.com/lL0MMISxPL
— Jalal Misai (@jllmisai) September 17, 2023
Memetik Kosmo, suspek yang ditangkap sejurus kejadian itu akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson untuk proses tahan reman serta didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.