Bersikap Pelik, Prebet Fakhrullah Nazri Ditemui Makan Di Restoran Setelah 41 Hari Hilang – “Dia Kata Hati Rasa Berat Nak Balik”

Berita

Bersikap Pelik, Prebet Fakhrullah Nazri Ditemui Makan Di Restoran Setelah 41 Hari Hilang – “Dia Kata Hati Rasa Berat Nak Balik”

Prebet Muhammad Fakhrullah Nazri,21, yang dilaporkan hilang selama 41 hari telah ditemui selamat oleh ahli keluarganya di sebuah restoran di Semabok, Ahad malam.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Fakhrullah dijumpai dalam keadaan tidak terurus oleh abang sulungnya.

Advertisement

prebet Fakhrullah NAzri ditemui selamat

Bapa mangsa, Nazri Abd Rahim meluahkan rasa syukur dengan penemuan anaknya itu meskipun sedih melihatkan keadaan Fakhrullah.

Alhamdulillah ketika ditemui, Fakrullah yang dalam keadaan tidak terurus terkejut sebelum menangis sambil mendakwa dia cuba untuk pulang ke rumah namun terasa ‘berat’.

Kami sekeluarga tidak pasti apakah puncanya namun bersyukur dan terus memaklumkan kepada pegawainya di Kem Terendak sebelum mereka datang mengambilnya untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, Fakhrullah telah menginap di beberapa premis termasuk hotel bajet di Melaka sepanjang 41 hari menghilang.

Prebet fakhrullah nazri ditemui

Sampai sekarang, kami sekeluarga masih tidak tahu punca sebenar dia berkelakuan demikian kerana tidak mempunyai masalah dalam hubungan keluarga, teman wanita, kewangan atau pun dibuli.

Cuma malam tadi dia maklumkan hatinya terasa ‘berat’ untuk pulang ke rumah yang mungkin ada kaitan dengan kejadian mistik menimpanya ketika bertugas di pintu sempadan negara di Thailand pada September tahun lalu menyebabkan sikapnya pelik sejak itu.

Terdahulu, media tempatan mengeluarkan berita mengenai Fakhrullah yang hilang setelah ditugaskan melapor diri di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Fakhrullah dikatakan gagal dikesan sejak 24 Jun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zahid hamidi laung hidup israel
5 months ago

"Saya Mohon Maaf, Merdeka Palestin!" - Tersasul Laung 'Hidup Israel', Zahid Hamidi Mengaku Khilaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...