Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bersikap Keterlaluan Di Media Sosial, MK K-Clique Kecewa Dengan Netizen

Tampil menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang bertindak keterlaluan apabila meninggalkan komen di media sosial, penyanyi rap, MK (K-Clique) kini dilihat terkilan dengan segala yang berlaku.

mk k clique kecewa dengan netizen

Advertisement

Ujar MK, perkara itu dianggap keterlaluan kerana wujud pihak tidak bertanggungjawab seakan sanggup mengenepikan soal perasaan individu lain ketika melontarkan komen-komen yang berbaur negatif.

“Hari ini aku bangun dengan perasaan yang kecewa dan kesal dengan sesetengah perangai manusia yang suka melontarkan komen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain. Kalau tiada benda baik nak cakap, diam.”

Kata MK lagi, setiap pandangan mahupun teguran wajar dilakukan dengan menggunakan cara yang lebih berhemah.

mk k clique kecewa dengan netizen

“Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan. Kalau ada pendapat, lontarkan. Bergurau? Biarlah bertempat. Kita semua manusia, semua ada perasaan.”

Terkenal dengan sikap profesioanalnya, MK bagaimanapun memberi bayangan bahawa beliau langsung tidak kisah andai terpaksa berdepan dengan situasi keji seperti itu, namun mungkin tidak pada orang lain.

mk k clique kecewa dengan netizen

“Kalau aku yang kena aku mungkin okay, memang okay, tapi tolong fikir orang lain. Peace, love.”

Advertisement

Terdahulu, MK tampil berkolaborasi dengan penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua. Seakan memberi nafas baru dalam lagu tersebut, MK juga tampil menyumbang suara dalam karya tersebut.

mk k clique kecewa dengan netizen

Biarpun video muzik lagu tersebut sudah mencecah lebih 6 juta tontonan di YouTube dalam tempoh seminggu, sehingga kini masih ramai dalam kalangan netizen tampil mengkritik lagu tersebut di samping mempersoal mutu persembahan vokal Nabila.

Sekadar informasi, Nabila sebelum ini juga merupakan antara penyanyi wanita tempatan yang pernah berdepan dengan kecaman netizen di media sosial kerana terkucil ketika menyanyikan lagu berkenaan secara langsung.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. MOHD HEZRY BIN OSMAN

    September 20, 2020 at 2:46 pm

    woooo wooo wooo bro,chill bro tudung saji…diam lebih baik berkata kata…itu yg terbaik..x payah tambah petrol dekat api bro, MK dengan cara dia tersendiri dan bro dgn cara bro sendiri,so please respect before comment…bro perlu kenal org, baru komen, jgn dah komen baru nk kenal org..buat renungan diri ku sendiri….

  2. Tudung saji

    August 28, 2020 at 6:54 am

    Lol.. Bila dia fuk yu fuk yu orng bolh.. Tpi bila orng fuk yu dia blik kat show dia.. Pndai plk memanas, pstu yg bodoh ikut memukul peminatnya yg tolol..dia plak banggaaaa.. Ckp x serupa buat. Ubah sfat sndri baru rasa kcewa trhdp orng dlu ..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top