Bersihkan Rumah Cara Ini Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit!

Trending

Bersihkan Rumah Cara Ini Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit!

woman doing housekeepingPembersihan bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika kotoran tersebut sukar untuk ditanggalkan.

Pasti kita akan terfikir, hanya pencuci yang mahal sahaja mampu menanggal kotoran degil ataupun karat pada barang tersebut.

Advertisement

Tapi, tahukah anda bahawa tidak semua pencuci yang mahal mampu bertindak sedemikian?

Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!

Guna cuka untuk menggebukan tuala anda

2

Jika tuala anda mula bau cendawan atau pun tidak lagi gebu seperti mula-mula anda membelinya, rendamkan tuala anda dalam air bersama cuka . Ianya akan kembali pulih seperti baru dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan. Jimat je. Tidak perlu la anda perlu kerap menghantarnya ke dobi.

Hilangkan kesan pada kayu dengan minyak zaitun dan garam

3

Walaupun meja kopi anda menunjukkan corak lain pada dasarnya, tidak perlulah anda membeli meja yang baru untuk menggantikannya. Kadang-kadang ada kesan cawan pada meja anda. Anda hanya perlu menggunakan campuran minyak zaitun dan garam untuk menghilangkan kesan tersebut. Ianya akan kembali pulih seperti meja kopi yang baru.

Bersihkan ketuhar gelombang mikro anda tanpa menyental

4

Memang mudah kerana anda tidak perlu menyental. Caranya, anda perlu panaskan air dan jus lemon atau cuka selama 5 minit dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian anda lapkan ketuhar gelombang mikro anda menggunakan campuran tersebut. Memang kotoran yang melekat di dinding akan hilang begitu sahaja.

Gosok besi karat dengan ubat gigi

5

Jika anda ada besi berkarat atau pun kotoran karat melekat pada barangan anda, gunakan sahaja ubat gigi kerana floridanya mampu menghilangkan kotoran tersebut. Anda boleh gunakan kain buruk ataupun berus gigi untuk membersihkannya. Memang mudah.

Buang label harga dengan minyak pati oren

6

Bersihkan peralatan berminyak dengan minyak bayi

7

Letakkan semburan kimia dan keluarkan kain buruk dan minyak bayi untuk membersihkan kotoran yang berminyak. Bukan hanya mampu membersihkan, ianya sekaligus memberikan kilauan pada barangan anda.

Bersihkan kotoran di permaidani tanpa bahan kimia

8

Cuba cara mudah bersihkan permaidani tanpa bahan kimia dengan meletakkan kain lembab pada kotoran tersebut dan tekankan seterika dengan suhu yang tinggi. Cara stim akan menghilangkan kotoran tersebut. Mudah saja kan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...