Setiap kali pergi bercuti kat mana-mana, dah tentu aspek penting yang kita nak tahu adalah tempat penginapan sepanjang tempoh bercuti.
Kalau boleh bukan sekadar murah semata-mata tetapi tentulah nak juga keadaan sekeliling yang mendamaikan, tempat yang selesa, luas, privacy ketika bercuti bersama insan tersayang.
Admin baru-baru ini berkesempatan pergi ke sebuah resort yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
Bila tengok, memang menarik tempat ni. Sesuai untuk yang nak bersantai dalam keadaan tenang dan perlukan privacy. Bukan je luas, tapi bersih.
Tenggek Burung ini bertempat di Hulu Langat. Terletak kira-kira 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Keluasan tanah kebun seluas 5.8 ekar yang indah dan dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan terletak di sebelah sungai, sesuai untuk mereka yang ingin lari dari hiruk-pikuk kehidupan bandar.
Tenggek Burung terdiri daripada 2 set rumah tumpangan, dalam 5.9 ekar tanah kebun tropika dan sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dan menikmati alam semula jadi.
Korang juga boleh bersantai di dek dan taman, pergi berkhemah dan panggang marshmallow di tepi sungai, mengambil pengalaman di dalam hutan dan meraikan keindahan alam semula jadi di sekeliling.
Jika bercadang untuk menikmati buah-buahan tempatan bermusim seperti manggis dan durian, maka korang bernasib baik jika tiba musimnya kat sini.
Terdapat 2 jenis pondok..
PONDOK DAMAI
– Double storey Loft
– 2x bedrooms on top floor
– 2x family lounge and 1x bathrooms on each floor.
– TV and family lounge are located on the first floor.
– Impeccable scenery and sound of river next to the guesthouse
– Fits 5 pax (3 adults and 2 children)
PONDOK AMAN
– Single storey Loft
– 2x bedrooms
– 1x bathroom
– 1x kitchen
– 1x family dining and TV
– Opens up to a fantastic garden view
– Fits 3 pax
Kawasan ini adalah zon bebas asap rokok. Jadi tempat tak dibenarkan untuk merokok dan dilarang membuat sebarang aktiviti parti atau seumpamanya.
Disini juga berdekatan dengan sungai. Boleh jalan-jalan sambil menenangkan diri yang stress dengan kerja tu. Tempat cantik kan, kena lah jaga elok-elok.
Tempat sangat sesuai untuk berkumpul sesama ahli keluarga. Sambil berhimpun, sambil beriadah. Jika korang bercadang hendak bercuti ke Hulu Langat, disini lah penginapan yang strategik dan sesuai. Best pulak tu.
Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut mengenai tempat ini atau ingin buat tempahan, boleh terus klik sini
Jom bercuti!