Bersih 2.0 Akan Turun Ke Jalan Semula Sekiranya Parlimen Tidak Dibubarkan

Trending

Bersih 2.0 Akan Turun Ke Jalan Semula Sekiranya Parlimen Tidak Dibubarkan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama 31 Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) membuat satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersih 2.0 untuk menggesa agar satu pilihan raya diadakan. Gesaan ini dibuat berikutan susulan terkini perkembangan politik negara.

Baca: Tun Dr Mahathir Turut Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu

Advertisement

Thomas Fann selaku Pengerusi Bersih 2.0 berkata beliau menentang kerajaan yang ditubuhkan melalui ‘pintu belakang’. Pembentukan sebuah kerajaan daripada hasil pintu belakang sama sekali tidak dapat diterima.

Ahli parlimen yang memenangi pilihan raya atas nama Pakatan Harapan dan telah pun menukar sekutu digesa untuk meletak jawatan serta-merta kerana meraka tidak lagi mempunyai mandat daripada rakyat, tambah beliau lagi.

Sebelumnya, pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang telah diusulkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel berkaitan: Menteri ‘Kemas’ Meja, Kabinet Malaysia Bakal Dirombak Dalam Masa Terdekat?

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...