Bersiar-Siar Bersama Teman Lelaki & Anjing Peliharaan, Maya Karin Jadi Tumpuan Netizen – “Izahhh Haram Tu Izahhh”

Hiburan

Bersiar-Siar Bersama Teman Lelaki & Anjing Peliharaan, Maya Karin Jadi Tumpuan Netizen – “Izahhh Haram Tu Izahhh”

Pelakon jelita, Maya Karin menjadi tumpuan warga maya terutamanya peminat apabila dia berkongsi foto bersama teman lelaki, James Gutierrez yang juga seorang penerbit dan pembuat filem ketika berada di Los Angeles baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Maya kelihatan memegang tali haiwan peliharaan anjing milik James dengan kapsyen ‘Day out in Los Angeles with @jamesg_champ and his babies’.

Advertisement

Seperti biasa, ruangan komen hantaran pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu turut dipenuhi dengan komen berbaur perasaan kurang senang dengan tindakan Maya itu.

Maya, tu anjing tau.

Actually Malaysian people very sensitive about this…Sebab tu Islam melarang benda yang boleh mendatangkan fitnah walaupun anjing tu kita tak pegang… Sebab boleh mendatangkan fitnah.

Dapat pakwe orang putih, kau jadi bodoh.

Meskipun dikritik, Maya tampil memberi respon dengan nada tenang di mana dia menjelaskan dia hanya memegang tali yang mengikat anjing-anjing itu.

Ada juga yang mempertahankan tindakan Maya dan merasakan ia tidaklah melanggar hukum Islam.

Semua dah tahu, kita terpegang, dan memegang anjing pun, boleh disamak, ulang sekali lagi, boleh samak, tiada yang salah mengenai hal itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah
8 months ago

Netizen Perasan Bella Astillah & Skandal Aliff Aziz Saling 'Follow' Di Instagram - "Sharing Is Caring"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...