Siapa sangka, gaya bersahaja seorang pemuda yang membawa dua haiwan peliharaannya kucing dan ayam kampung ‘bersiar-siar’ menunggang motosikal menarik perhatian sehingga tular di media sosial.
Muhammad Amir Mustapa, 29, berkata, sudah menjadi rutin harian pada setiap petang membawa haiwan peliharaan itu sebagai teman setia untuk menemaninya ke mana sahaja dia pergi.
Katanya, ada juga pengguna jalan raya yang menegur kerana bimbang keselamatan kucing sama ada terjatuh dan dilanggar kenderaan, namun tidak kurang juga yang merakam situasi berkenaan.
“Sebelum ini, saya hanya membawa kucing bersiar-siar menunggang motosikal selain turut membawa ayam peliharaan pada tahun lalu”
Ujar pemuda ini, ketika dia meletakkan ayam di tempat duduk belakang sambil menunggang motosikal, haiwan ini tidak lari sebaliknya kekal di sisi sehinggalah saya memberhentikan motosikal. Bagus kan.
“Saya pernah membawa kucing dan ayam menunggang motosikal bersama sehingga ke Dungun, Terengganu dan kedua-dua mereka terus kekal berada di tempat duduk belakang”
Menariknya, anak kelapan daripada 11 beradik ini juga mempunyai lebih 400 kucing jalanan yang dipelihara sejak empat tahun lalu.
Semuanya ditempatkan di sebuah rumah di Kok Lanas, dekat sini, dan setiap dua atau tiga hari sekali dia akan berulang alik untuk memberi makanan kepada kucing peliharaannya.
“Bagi memastikan kucing peliharaan berkeadaan baik, saya memperuntukkan RM1,000 untuk menyediakan makanan, rawatan, syampu mandian dan juga vitamin.
Wah, mulia sungguh hatinya. Semoga rezeki pemuda ini terus dilimpahkan kerana sifat kasihnya ingin menjaga haiwan-haiwan ini.