Selama ini kebanyakan orang akan datang ke KLIA 1 atau 2 jam sebelum flight. Tapi selepas sehari di KLIA persepsi Abang Nara tentang KLIA telah berubah 100%. Abang Nara nak nasihatkan supaya korang semua yang ada flight lepas nie, sila datang awal 5 6 jam dan enjoy shopping di KLIA dengan harga yang lebih MURAH dari kat shopping complex.
Harga barangan kat sini kesemuanya DUTY FREE. Dan sekarang nie ada contest Indulge Till You Fly yang akan membolehkan korang menang percutian ke luar negara hanya dengan bershopping. Dah la murah, siap leh menang hadiah lagi. Memang hebat promosi di KLIA nie.
Nie Abang Nara nak kongsikan beberapa gambar kedai-kedai berjenama (dari mata seorang lelaki yang tak berapa pandai shopping) yang ada di KLIA untuk tatapan anda semua. Jangan lupa yang harga di sini lagi murah daripada harga kat shopping kompleks. So tunggu apa lagi. Meh mai KLIA dan shopping.
1. BONIA – Abang Nara dah belikan beg tangan BONIA untuk mak yang tercinta kat KLIA sempena raya nie.
2. FootWear – kalau kaki tue rasa dah lenguh, boleh carik kasut Crocs, Hush Puppies dan macam-macam lagi la jenama kat sini.
3. Karyaneka – kalau anda ada flight masa bulan puasa nie, sila singgah Karyaneka dan beli baju raya kat sini
4. Mango (MNG) – anda seorang remaja? Mungkin MANGO adalah kedai paling sesuai untuk anda bershopping menghabiskan duit raya yang bakal anda terima
Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai yang best. Kedai perfume macam Dior, Chanel memang banyak ada kat dalam KLIA nie. Kedai Body Shop dan HABIB pun ada jugak. COACH pun ada. Secara kesimpulannya semua kedai yang korang pernah terpikir semuanya ada kat KLIA nie.
Untuk peminat coklat, jangan risau sebab Abang Nara berani jamin korang akan pening kepala tengok banyak sangat pilihan coklat yang ada. Dan untuk mereka yang gemar membaca, MPH dan banyak lagi kedai buku yang lain ada kat sini.
Kalau nak cerita dan letakkan semua gambar kedai yang ada KLIA nie, sampai lusa pun tak habis kot. Abang Nara syorkan kepada mereka yang bakal terbang di KLIA, sila datang awal dan Indulge Till You Fly.
Bershoppinglah di KLIA sebab ianya lagi murah berbanding di kedai di luar sana. Di KLIA, anda dapat Bershopping Secara Berhemah.
Sekarang Abang Nara nak pergi LCCT pulak. Nak try tengok apa yang ada kat sana. Boleh follow update live dari Abang Nara di Twitter BeautifulNara. Nantikan update seterusnya dari saya ~~