Penyanyi dan juga usahawan, Fynn Jamal tampil menyelar tindakan orang ramai yang dianggap mementingkan diri sendiri apabila bersesak-sesak untuk berlibur di kawasan peranginan air terjun pada hujung minggu yang lalu.
Ujar Fynn, masyarakat harus menggunakan budi bicara kerana sudah pasti tiada pematuhan SOP serta penjarakan sosial apabila berada dalam keadaan bersesak sedemikian rupa.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, seseorang haruslah memikirkan keadaan sekeliling dan lebih baik untuk berhibur di tempat yang lebih privasi meskipun perlu berbelanja lebih sedikit asalkan tidak menyesal di kemudian hari.
Aku tahu ini akan berbunyi kejam, tapi kalau betul nak beraktiviti, buat kat tempat private. Bayar mahal sikit, tapi baik mahal sekarang dari dibayar dengan nyawa.
View this post on Instagram
Kalau rasa belum mampu, takpe. Sabar dulu ye. Nampak tak adil. Yang ada duit lebih boleh beraktiviti, yang tidak terpaksa bosan di rumah. Aku tau, aku faham, tapi memang takde jawapan lain. Bahaya, sungguh-sungguh bahaya. Tak berbaloi ini semua.
Jelas penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, meskipun seseorang individu sudah lengkap divaksin, ia bukan tiket untuk menyatakan diri itu sudah kebal.
Kerisauan Fynn itu semakin jelas apabila kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak yang masih belum dapat divaksin semakin tinggi dari ke hari.
Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah beralih kepada fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula Jumaat lalu.
Sehubungan dengan itu, rakyat dibenarkan untuk melancong dalam kawasan yang dibenarkan selain dibolehkan untuk menginap di hotel bagi mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
September 20, 2021 at 9:15 am
ape la yg kau merepek ni cik non.. laki dia biarlah.. kalau budak2 tanya kene la mak bapaknye jawab..
Anon
September 13, 2021 at 10:49 pm
Janganla peluk2 ambik gambar..malu la sikit org tengok..kanak2 nanti ingat itu normal..mana dia tau kau dh kawen dgn lelaki yg kau peluk tu..niqab bukan lesen mesra2 ditempat awam