Berselera Telan, Netizen Tanya Halal Ke Daging Kuda? Fadlan Hazim Tak Berdiam Diri – “Jangan Ingat Saya Ni…”

Hiburan

Berselera Telan, Netizen Tanya Halal Ke Daging Kuda? Fadlan Hazim Tak Berdiam Diri – “Jangan Ingat Saya Ni…”

Video dimuat naik aktor Fadlan Hazim di akaun TikTok baru-baru ini meraih perhatian warganet selepas dia berkongsi pengalamannya mencuba makanan tradisi isterinya yang berasal dari Kazakhstan.

Menerusi video itu, aktor berusia 31 tahun tersebut menunjukkan jenis dan nama makanan yang isterinya ajar untuk makan.

Advertisement

Tidaklah banyak sangat makanan ditunjukkannya namun salah satu menu yang dicuba Fadlan mengundang persoalan ramai warganet iaitu daging kuda.

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi pelbagai komen termasuklah persoalan daripada warganet yang bertanya adakah daging kuda halal untuk dimakan.

Ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini mencuba daging kuda buat pertama kali dan ada yang tertanya bagaimanakah rasanya.

komen

Sementara itu, ada yang memberikan komen mengatakan daging kuda haram untuk dimakan namun aktor tersebut tidak berdiam diri dan membidasnya.

Buat research dulu lain kali sebelum komen, jangan ingat saya ni pakai telan je.

Bagaimanapun, seorang individu berkata daging kuda halal tetapi ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan kerana dagingnya yang kering bahaya untuk tubuh badan kita.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok