Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Bersedia Pikul Tanggungjawab Ketua Keluarga, Hefny Sahad Nikahi Uqasha Senrose Tahun Depan

Rasanya ramai mengetahui tentang percintaan pengacara kacak Hefny Sahad, 30, dengan pelakon jelita, Uqasha Senrose, 25. Kepada Mingguan Malaysia, Hefny memberitahu yang dia serius mengenai perhubungan dengan Uqasha, dan merancang untuk bernikah dengan Uqasha hujung tahun hadapan.

Hefny memberitahu keluarga mereka berdua merestui perhubungan itu dan Hefny ingin menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri sebagai bakal suami dan ketua keluarga:

Advertisement

Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). Insya-Allah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan se­gala-galanya, saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan. Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan.

Persediaan dari segi persediaan mental, me­ngukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat pen­ting.

Hefny juga memberitahu tidak akan merahsiakan pernikahannya dan berjanji akan berkongsi kepada umum apabila tiba masanya:

Yang perlu dirahsiakan di sini adalah majlis pertuna­ngan, bukannya majlis pernikahan. Sebab utamanya terlalu banyak cabaran untuk orang bertunang maka ia dibolehkan untuk dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Pun begitu, semuanya terpulang kepada individu berkenaan.

Saya memilih untuk ber­kongsi kepada umum apabila sampai masanya, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak melanggar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu.

Walaupun Uqasha terbabit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, ibu bapa Uqasha memberi sokongan dan pilihannya kerana peranan Hefny memimpin Uqasha menjadi isteri solehah dan memastikan keharmonian rumahtangga adalah penting.- beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama