Bersatu Dan PAS Perkukuh Kerjasama Hadapi PRU Ke-15

Trending

Bersatu Dan PAS Perkukuh Kerjasama Hadapi PRU Ke-15

Akhirnya hari ini parti PAS dan Bersatu sebulat suara bersetuju untuk bergabung dan mengukuhkan lagi kerjasama salam Perikatan Nasional (PN).

Kerjasama ini juga dilihat akan menguatkan lagi PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Advertisement

Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang membabitkan PH dan sekutunya”.

“Bersatu dan PAS, selaku antara parti pengasas utama PN, akan menubuhkan satu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat, bagi merangka strategi dan hala tuju parti khusus bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi”. – Kata kenyataan terbabit.

Ini juga bermakna PAS tidak meneruskan kerjasama bersama parti UMNO dan telah menolak segala percubaan untuk menjatuhkan kerjaan PN yang dibina bersama sebelum ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...