Penyanyi Farawahida dilaporkan telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang jejaka apabila dia telah berkongsi sekeping foto ketika majlis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya, awal pagi tadi.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Tanpamu itu dilihat telah mengenakan pakaian sedondon bersama seorang lelaki di atas pelamin yang dihias cantik.
Namun begitu, identiti jejaka tersebut nampaknya masih menjadi tanda tanya apabila Farawahida telah menutup wajah calon suaminya itu dengan jambangan bunga.
Dia juga tidak memberi perincian penuh mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan bersama bakal suaminya itu.
Terdahulu, Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali,36, pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor pada 16 Disember 2013 yang lalu.
View this post on Instagram
Namun, muncul khabar angin bahawa dia tidak lagi bersama suaminya itu sejak tahun 2017 apabila penyanyi wanita itu tidak lagi memuat naik foto bersama-sama sejak itu.
Dia sebelum ini pernah menafikan dakwaan telahpun bercerai dengan Abdul Shukor dan memilih untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai status perkahwinannya kepada umum.