Bersama Semarakkan Seni Dan Budaya Masyarakat Malaysia Di Bazar Seni Industri Budaya, Hari Ini Dan Esok

Bersama Semarakkan Seni Dan Budaya Masyarakat Malaysia Di Bazar Seni Industri Budaya, Hari Ini Dan Esok

Hujung-hujung minggu biasanya rakyat Malaysia terutamanya di sekitar Kuala Lumpur mengambil kesempatan untuk berehat di rumah dan tidak kurang juga yang keluar bersiar-siar untuk membeli belah.

Bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur, terutamanya yang bersiar-siar atau membeli belah di sekitar kawasan Kotaraya atau Jalan Masjid India, mahupun Dataran Merdeka, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Bazar Seni Industri Budaya, bertempat di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja Kuala Lumpur.

Advertisement

Bazar Seni Industri Budaya mengumpulkan produk-produk dan aktiviti seni dan budaya dari berbilang masyarakat Malaysia. Di Bazar ini anda berpeluang untuk mendapatkan produk-produk yang dibawakan khas ini dan anda juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan dan aktiviti seni dan budaya masyarakat Malaysia.

 Apa yang menarik?

Pencungkilan bakat

 Yang menariknya, Bazar ini menyediakan pentas untuk mereka yang berbakat besar dalam bidang seni untuk mempersembahkan bakat kepada khalayak ramai. Dengan pentas dan sistem audio yang sering digunakan dalam acara-acara besar negara, anda pastinya dapat menghiburkan pada hadirin dan mungkin menjadi tapak permulaan bagi bakat anda diketengahkan.

Anda berpeluang untuk mempersembahkan bakat anda esok, dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang di pentas. Tak kira lah bakat apa, berlakon ke, menyanyi ke, berlawak ke, mempersembahkan silap mata ke. Yang dinilai paling berbakat akan dipilih untuk ke peringkat akhir pencungkilan bakat pada bulan Disember, di mana pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang-pemenang. Tidak ada sebarang yuran dikenakan, beritahu urusetia, naik je ke pentas dan serlahkan bakat anda!

Sesi jamming percuma untuk kumpulan-kumpulan muzik

Di samping itu, bagi kumpulan-kumpulam muzik, anda berpeluang untuk membuat jamming session AKA gig di pentas bahagian hadapan Bazar Seni, esok pada pukul 8.00 malam. Pun sama juga, free je boleh jamming.

Pertandingan Dam Aji

Bukan itu saja, anda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Dam Aji di mana hadiah menarik disediakan untuk 3 pemenang, esok pada pukul 4.00 petang. Bawalah kawan-kawan anda untuk menyertai pertandingan bersama, kalau dapat tiga tempat teratas boleh bawa hadiah yang best balik ke rumah.

Persembahan dan demonstrasi

 

Anda juga berpeluang menyaksikan pementasan Bangsawan ”Chelorong Cheloreng”, Dondang Sayang, demonstrasi basikal Fixie, pameran motorsikal berkuasa tinggi, pameran motorsikal cantik, santai puisi, menyaksikan konsert kugiran Evolusi Muzik Sihat dan banyak lagi. Untuk rujukan anda, ini jadualnya:-

Datanglah beramai-ramai ke Bazar Seni Industri Budaya di perkarangan Panggung Bandaraya, berhadapan Dataran Merdeka, dekat dengan Jalam Masjid India dan stesen LRT Masjid Jamek. Bersama semarakkan seni dan budaya masyarakat Malaysia! Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...