Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, Dayah Bakar Selamat Timang Bayi Lelaki

Hiburan

Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, Dayah Bakar Selamat Timang Bayi Lelaki

Pengacara Dayah Bakar yang sentiasa tampil ceria di kaca televisyen kini telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 2.23 petang di sebuah hospital di Petaling Jaya semalam.

Bersalin Tanpa Suami Disisi, Dayah Bakar Selamat Timang Bayi Lelaki

Advertisement

Memetik laporan BH Online, Dayah yang tidak ditemani suami Kapten Hanif Hamidi ketika melahirkan anak mereka kerana berada di Australia telah mengambil inisiatif untuk menghubungi suami menggunakan panggilan video beberapa jam sepanjang proses bersalin.

Menurut Dayah, sebelum bersalin juga dirinya dan Hanif sempat berinteraksi namun tetap redha kelahiran anak sulung mereka itu tidak dapat disambut suami.

Bersalin Tanpa Suami Disisi, Dayah Bakar Selamat Timang Bayi Lelaki

“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.”

Bagaimanapun, Dayah kini mampu menghembus nafas lega dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan dan berjalan lancar tanpa wujud sebarang masalah.

Bersalin Tanpa Suami Disisi, Dayah Bakar Selamat Timang Bayi Lelaki

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah, foto dan nama anak akan saya kongsi selepas tujuh hari.”

Dalam pada itu, Dayah dan suami juga dilihat tampil memuat naik foto di Instagram yang disunting menampakkan mereka berada di lokasi sama, sebelum putera tersayang dilahirkan.

Menjengah ke ruangan komen di posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, rata-rata pengikutnya tidak putus-putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan. Malah tetap teruja dengan berita kelahiran putera sulung mereka.

Untuk rekod, Dayah selamat mendirikan rumah tangga Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...