“Bersalin Normal Dihapuskan Dosa, Yang Bedah Tak Terhapus Dosa” – Dr Say Berang Sikap Ibu-Ibu Pandang Hina Prosedur C-Sect

Gaya Hidup

“Bersalin Normal Dihapuskan Dosa, Yang Bedah Tak Terhapus Dosa” – Dr Say Berang Sikap Ibu-Ibu Pandang Hina Prosedur C-Sect

Doktor selebriti dan pensohor media sosial, Dr Say Shazril tampil memberi nasihat buat sesetengah individu yang seolah-oleh memperlekehkan kaum ibu yang menjalani prosedur C-Sect ketika melahirkan anak.

Dr Say meluahkan pendapatnya itu kerana masih ada orang yang menganggap wanita yang bersalin secara pembedahan tidak mengalami kesakitan seperti ibu yang melahirkan secara normal.

Advertisement

Kongsi pengalaman isteri bersalin C-Sect

Dalam video TikTok Dr Say, dia turut berkongsi pengalaman isteri tersayang, Dr Azura Abas yang telah melahirkan ketiga-tiga anak mereka secara Caesar.

Ujarnya, ibu yang bersalin menerusi kaedah pembedahan akan mengalami kesakitan yang sama dan berdepan dengan risiko pelbagai komplikasi.

Orang cakap caesar tak sakit sebab dapat elakkan kesakitan contraction dan dapat ubat bius. Betul masa nak elektif caesar tu tak sakit langsung, masuk dewan pembedahan dan tengah bedah pun isteri saya boleh senyum. Tapi lepas caesar tu tahu tak betapa sakitnya?

Ada yang seminggu terlantar, ada yang kena bongkokkan badan kalau tegakkan badan rasa macam patah tulang, jahitan terbuka dan komplikasi lain. Allah maha adil, jika seorang wanita itu tidak merasa kesakitan semasa bersalin, kesakitan itu akan dirasainya juga selepas bersalin.

Tak patut wujud perbandingan bersalin normal dan pembedahan

Tambahnya lagi, tidak perlu lagi wujud perbandingan seolah-olah ibu yang bersalin secara pembedahan ini ‘less value’ daripada ibu yang bersalin normal.

Nak kata wanita bersalin normal dihapuskan dosa-dosanya dan yang bersalin caesar tak terhapus dosa..siapa kita nak menilai sebegitu?

Jadi nak pandang jelik atau hina wanita yang bersalin secara caesar bagi saya sangat tak berasas. Yang penting anak dilahirkan dengan sihat dan selamat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan dibawah.

Bella rangka kakak
11 months ago

"Selamat Tinggal, Aku Sayang Kau, Aku Akan Tuntut Keadilan Untuk Kau" - Kakak Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...