Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Jawapan Dr. Say

Hiburan

Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta? Ini Jawapan Dr. Say

Doktor dan juga personaliti TV, Dr Say Shazril menerusi laman Instagram ada memberi sedikit pendapat dan juga perkongsian mengenai pilihan ibu hamil untuk melahirkan cahaya mata mereka sama ada di hospital swasta ataupun kerajaan.

Dr. Say
3 years ago

Tular Isu 'Vaksin Angin', Dr. Say Nasihat Orang Ramai 'Request' Tunjuk Semua Depan Mata

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Dr Say berkata dia memilih hospital swasta untuk isterinya, Dr Azura Abbas melahirkan anak kedua mereka di atas beberapa faktor.

Dia juga mendedahkan jumlah bayaran yang dikenakan sepanjang isterinya itu berada di hospital tersebut selama enam hari lima malam.

Jelas Dr Say, isterinya mengalami masalah di mana dia pernah menjalani pembedahan dan membuatkan organ-organ dalaman Azura mengalami lekatan yang teruk dan terpaksa membedah usus untuk mempermudahkan urusan bersalin.

Dalam pada itu, pengacara program kesihatan Hello Doktor ini juga memberi pendapat mengenai pemilihan hospital manakah yang terbaik, kerajaan atau swasta.

Patut bersalin hospital kerajaan ke swasta? jawapan saya terpulang kepada anda. Doktor-doktor di hospital kerajaan mahupun swasta sama sahaja kecekapan mereka. Yang membezakan hanyalah keselesaan dan kecepatan servis itu sahaja. Isteri kita bersalin bukan tiap-tiap bulan jadi apa salahnya kita berikan keselesaan kepada mereka?

Tambahnya lagi, soal duit boleh dicari namun jangan meremehkan rezeki melalui kehadiran cahaya mata dalam kehidupan suami isteri.

Sekadar info, Dr Say dan Dr Azura Abbas telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aezreil pada 5 Mac 2019 dan Sefriel pada 18 ogos yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...