Peserta program Vokal Mania kategori Rookie, Zetty Rashid baru-baru ini ada memuat naik video yang memaparkan dia dan penyanyi, Lan Solo sedang berpelukan dan difahamkan mereka baru sahaja selesai membuat persembahan pada malam siaran langsung, Ahad lalu.
Lantas, netizen menyifatkan aksi mesra antara Lan Solo dan Zetty itu sebagai sesuatu yang kurang sopan atau dengan kata lain, tidak manis dipandang.
Namun begitu, Zetty telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyatakan bahawa hubungan antara Lan Solo dan dirinya adalah abang namun enggan berkongsi dengan lebih lanjut kerana menghormati privasi kedua belah pihak.
View this post on Instagram
“Setakat ini, apa yang boleh saya jelaskan kami memang abang dan adik. Tapi saya tak boleh nak bercerita lebih lanjut mengenai hubungan kami. Bukan saya tak nak kongsikan tapi ada benda yang melibatkan keluarga ini perlu disimpan dan menjadi privasi antara kami. Untuk saya dan abang Lan, kami tiada masalah atau isu yang besar. Biarlah orang luar tahu dia abang saya dan saya adik dia,”
Zetty telah tampil untuk menjelaskan mengenai isu tersebut apabila telah ramai netizen yang keliru dengan status hubungan mereka.
View this post on Instagram
Menurut Zetty lagi, dia dan Lan sudah menjangkakan akan reaksi netizen apabila melihatkan video serta foto-fot mesra tersebut. Tambah penyanyi itu lagi, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim juga sudah mengetahui status hubungan mereka berdua sebelum menjadi isteri kepada penyanyi lagenda itu.
“Ada yang memang kenal saya, mereka tak bercakap apa-apa sebab tahu pertalian kami. Malah, isteri abang Lan pun tahu siapa saya sebelum mereka berkahwin.”- Zetty Rashid
Sumber : mStar Online