Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkata bahawa mereka berdua kini bersedia dengan segala kritikan dan kecaman daripada penonton ekoran beberapa babak intim dan mesra hasil lakonan mereka berdua dalam filem terbaru, Sabda Kekasih.
Difahamkan Aeril yang membawa watak Bukhari Muslim memeluk mesra kekasihnya, Kasih Murni yang dibawa oleh Wawa yang bertudung labuh walaupun ketika mereka masih belum bernikah.
View this post on Instagram
Ujar Aeril, perkara tersebut tidak wajar dijadikan isu besar kerana mereka berdua merupakan suami isteri di dunia nyata.
“Saya tahu dalam filem Sabda Kekasih ini ada babak bersentuhan dan peluk walaupun belum berkahwin. Realitinya, kami memang suami isteri dan semua orang tahu. Hakikatnya ada segelintir orang memang begitu walaupun belum berkahwin, tetapi ia tak perlulah jadi ikutan (tidak menjaga batas)..”
Katanya lagi, jika sebelum ini dia menjaga batas seperti tidak menyentuh atau bersentuhan dengan pelakon perempuan yang lain namun kali ini ianya lebih mudah dan selesa kerana bergandingan dengan isteri sendiri.
Meskipun begitu, Aeril mengakui dia masih mengkritik lakonan Wawa memandangkan isterinya itu sudah lama tidak berlakon.
Sekadar info, filem Sabda Kekasih merupakan projek sulung pasangan suami isteri ini di mana ianya diterbitkan di bawah nama syarikat produksi mereka iaitu Respected Citizen Production Sdn. Bhd.
View this post on Instagram
Antara pelakon hebat lain yang turut membintangi filem tersebut adalah Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan ramai lagi. Naskah sulung Wawa dan Aeril ini kini boleh ditonton menerusi saluran Astro First 480 mulai hari ini.
Anonymous
July 5, 2021 at 9:57 am
Sendiri terbit sendiri berlakon
Emmm….
Betul la dah sah nk peluk bagai…
Dah bab tu belum nikah…buat la adab2 orang belum bernikah. Tak ke akan jadi ikutan & pahaman couple2 sekarang.
Adoiii…itu pun nak ajar ke?
anonymous
June 25, 2021 at 9:59 am
couple poyo terbaru selepas keknis & somi
Anonymous
June 26, 2021 at 7:37 pm
Tepat sekali.
Anonymous
June 25, 2021 at 9:31 am
cakap kat diri sendiri ke yg pasal org belum kawin (x menjaga batas sampai terberanak dulu) tu? kahkahkah… biasalah bajet2 mulia ni…