Baru-baru ini, nama seorang pempengaruh wanita berhijab dikenali ramai telah pun menjadi bualan warganet susulan dirinya menjual baju yang dikatakan tidak melambangkan imej wanita Muslimah.
Berhijab tapi jual dress ‘melekat’ di badan, nampak bentuk tubuh badan
Dapat dilihat dalam tangkap layar live TikTok yang diambil oleh seorang netizen, dia menjual sepasang dress ketat di bahagian dada hingga ke bahagian punggung.
Hal itu membuatkan ramai meluahkan rasa kurang senang, lagi-lagi pempengaruh tersebut memakai hijab.
‘Berpakaian tapi bertelanjang ke ni?’
Netizen merasakan pakaian berkenaan sama sekali tidak melambangkan imej wanita Muslimah, ia susulan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan untuk siapa sahaja yang memakai baju berkenaan.
Dalam pada masa yang sama, warganet turut berharap agar pemakaian ini tidak dinormalisasikan oleh wanita berhijab kerana boleh merosakkan imej baik agama.