Masih lagi hangat dengan kontroversi bersama Dato Red, pelakon Ruhainies sekali lagi dihimpit gosip apabila ada pihak mendakwa beliau seorang hipokrit apabila tampil dengan imej sopan pada majlis hari jadinya baru-baru ini sedangkan beliau sering kelihatan berpakaian seksi ketika berada di luar bersama teman-teman beliau.
Saya diberitahu untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk. Jadi, saya pakai mengikut kesesuaian majlis tersebut. Tak sangka pula, ia bukan majlis pelancaran produk sebaliknya merupakan kejutan hari jadi saya yang ke 24.
Jelas Ruhaines, sebelum ini beliau pernah menggayakan imej lebih sopan ketika menghadiri majlis bersama anak-anak yatim.
Sudah menjadi kebiasaan beliau untuk memakai pakaian yang sesuai dengan majlis yang akan dihadirinya.
Macam sebelum ini, saya diminta menghadiri majlis bersama anak yatim jadi saya kena berpakaian sopan. Kalau keluar bersama dengan kawan-kawan, mereka tahu saya macam mana. Saya tidak hipokrit.
Tidak mengapalah, asalkan beliau tahu menghormati sesebuah majlis dengan memakai pakaian yang bersesuaian. Tidak adalah kekal seksi sepanjang masa tanpa mengira tempat.