Berpakaian Ketat Ke Majlis Kahwin, Abang Sado Persoal Apakah Pakaian Formal Sebenar

Trending

Berpakaian Ketat Ke Majlis Kahwin, Abang Sado Persoal Apakah Pakaian Formal Sebenar

Seorang lelaki dikecam oleh warganet gara-gara berpakaian ketat dan sendat ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Posting yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju biru dan berseluar jeans serta bersongkok hitam disifatkan tidak menghormati acara majlis oleh seorang pengguna Twitter.

Advertisement

Lelaki berkenaan yang bernama Abu Mansur Al Mathuridi Azahari menyatakan foto yang tular itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kakak iparnya di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.

“Baju kurta ni saiz L dan baju ni jenis stretchable yang muat dan selesa untuk dipakai. Kalau saya pakai baju bersaiz lagi besar, bahagian bahu baju akan kelihatan ‘jatuh’ dan nampak labuh untuk ketinggian saya”.

“Sama juga dengan seluar, kalau cari saiz yang lebih besar ikut paha, bahagian pinggang saya pula longgar. Sedangkan saiz pinggang saya 31 inci”.

Mesra disapa Mansur, dia juga mempersoalkan pakaian sesuai atau formal untuk acara majlis perkahwinan.

“Kebanyakkan mereka yang mempunyai badan berotot akan mengalami perkara yang sama. Lagipun saya pakai baju kurta siap bersongkok pada majlis itu, bukannya kemeja-T”.

“Nak formal yang macam mana yang dimaksudkan? Baju blazer saya pun terpaksa cari kain yang stretchable. Susah sebenarnya nak cari baju untuk badan berotot seperti saya. Memang ada baju ditempah secara custom made, tetapi yang saya pakai tu adalah kurta. Salah ke saya pakai kurta ke majlis kahwin”.

Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan yang juga merupakan seorang atlet, dia agak terkejut kerana ada netizen yang mengatakan dirinya terkesan akibat ‘putus cinta’ dek kerana memakai kurta.

Mansur yang telah menyertai bina badan selama 13 tahun menyatakan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia setahun lima bulan.

Tambahan, Mansur yang bertanding dalam bina badan pada 2013 pernah mewakili Malaysia di beberapa pertandingan antarabangsa di Thailand, China dan Indonesia, dan dia mengungguli tempat kedua dalam kejohanan ‘Powerlifting’ peringkat dunia, Mr World Police 2019 di Chengdu, China.

“Saya terima teguran mereka cuma tertanya-tanya adakah baju kurta yang saya pakai itu tidak formal di majlis kahwin. Kritikan dan kutukan tu dah biasa saya hadapi sejak ceburi bina badan”.

Ahli perniagaan yang mengusahakan bisnes ‘kurta sado’ itu tidak berkecil hati dengan kritikan yang diberikan.

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...