“Berpada-Padalah, Silap Langkah Ke Mahkamah Terus” – ‘Prank’ Curang Sempena Hari Jadi Isteri, Teruk Si Suami Dikecam Netizen

Kehidupan

“Berpada-Padalah, Silap Langkah Ke Mahkamah Terus” – ‘Prank’ Curang Sempena Hari Jadi Isteri, Teruk Si Suami Dikecam Netizen

Boleh dikatakan curang merupakan satu topik yang sensitif buat orang ramai tetapi masih ada juga yang ‘menunggang’ dengan menggunakan topik tersebut untuk membuat kejutan hari jadi buat pasangan mereka.

Suami didakwa berlaku curang dengan wanita muda

Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok memaparkan dia membuat kejutan buat isteri sempena hari lahirnya dengan cara yang kontroversi.

Advertisement

Dapat dilihat, si isteri terburu-buru mencari suami selepas dikongsikan gambar mendakwa lelaki berkenaan membawa pulang seorang wanita muda ke rumah mereka.

Sampai sahaja di rumah, isteri meluru masuk ke dalam sebuah bilik dalam keadaan marah dan bilik gelap yang diterjah kemudiannya dicerahi dengan cahaya lilin dipercayai untuk sambutan hari jadinya.

‘Prank’ hari jadi tak kelakar, tindakan tak rasional

Bagaimanapun, wanita terbabit masih dalam keadaan sangsi dan tidak menganggap prank yang dibuat oleh suami satu hal yang kelakar buatnya dan selepas ditenangkan, barulah si isteri memotong kek, lalu berpelukan dengan suami sambil menangis.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan suami dan ahli keluarga lain dengan merasakan tindakan tersebut tidak rasional kerana boleh menimbulkan rasa trauma kepada individu lain.

komen

komen

FASI UITM MOHON MAAF
3 months ago

"Saya Harap Semua Enjoy" - Fasi Universiti Buat 'Prank' Terjerit-Jerit Mohon Maaf, Akui Kurang Sesuai Dilakukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...