Kembali menjadi ‘mangsa’ kecaman netizen, pelakon jelita Nora Danish baru-baru ini ada berkongsi fotonya sedang mendaki Bukit Dinding, Kuala Lumpur.
Namun apa yang menjadi perbualan netizen adalah gaya pemakaian pelakon itu yang dianggap sebagai terlalu seksi dan ketat.
Berkongsi momen indah ketika mendaki bukit itu, foto Nora telah menjadi tempat komen-komen tazkirah dan ceramah oleh pengguna media sosial.
Tulis netizen, Nora sepatutnya lebih berpada-pada dalam berpakaian kerana status dirinya sebagai seorang wanita muslim.
Menggayakan baju mendaki bukit berwarna coklat berona warna kulit, ada juga yang berpendapat baju itu terlalu sendat dan boleh menyebabkan masalah pernafasan jika semput mendaki bukti.
Meskipun begitu, ada juga memuji kecantikan aktres itu yang tetap menawan meskipun melakukan aktiviti lasak.
Terdahulu, Nora pernah dikecam warga maya berikutan pemakaiannya yang mencolok mata ketika bercuti di Langkawi, sekitar bulan September lalu.