Beroperasi Lebih Masa, Penyelia Dan Pekerja Kilang Plastik Dikompaun

Trending

Beroperasi Lebih Masa, Penyelia Dan Pekerja Kilang Plastik Dikompaun

Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, hanya beberapa sektor keperluan sahaja dibenarkan beroperasi dengan memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI). Namun, didapati terdapat sebuah kilang dipercayai telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan,Petaling Jaya didapati telah beroperasi lebih masa dan dikenakan kompaun RM 10,000, semalam, lapor Harian Metro.

Advertisement

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, pihak polis membuat pemeriksaan di kilang berkenaan pada jam 10.45 malam dan didapati premis tersebut telah melanggar SOP dengan beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

“Kompaun telah dikeluarkan terhadap seorang wanita berusia 41 tahun yang juga merupakan penyelia kilang tersebut”

Bukan itu sahaja, lapan pekerjanya antara 18 hingga 69 tahun turut dikompaun RM 2,000 setiap seorang. Semakan mendapati kilang tersebut menggunakan surat kebenaran daripada MITI sebelum 1 Jun lalu.

Sehubungan itu, pihak polis mengingatkan supaya mana-mana pihak pengurusan sektor perindustrian yang dibenarkan beroperasi untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...