Bernilai Lebih RM6 Juta, Nombor Plat ‘1M’ Milik Kedutaan Malaysia Raih Perhatian Di London – “Kita Takkan Mampu Beli!”

Kehidupan

Bernilai Lebih RM6 Juta, Nombor Plat ‘1M’ Milik Kedutaan Malaysia Raih Perhatian Di London – “Kita Takkan Mampu Beli!”

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kereta yang dipercayai milik Duta Besar Malaysia di United Kingdom (UK) telah meraih perhatian susulan mempunyai nombor plat yang eksklusif iaitu ‘1M’.

Berharga lebih RM5 juta

Difahamkan, nombor plat tersebut bukan sekadar kombinasi huruf dan nombor biasa, jika ianya dijual, boleh mencecah sehingga £1 juta (RM6 juta).

Advertisement

Tidak mengetahui kenapa plat ‘1M’ itu mahal tetapi ia sememangnya bersifat eksklusif, di mana hanya ada satu di dunia dan huruf M itu mewakili ‘Malaysia’, malah sebelum ini pernah diguna oleh bukan individu biasa, namun kerajaan Malaysia sendiri.

Digunakan oleh Duta Besar Malaysia di UK

Nombor plat ‘1M’ ini merupakan special issue kepada Kedutaan Malaysia di London dan digunakan untuk kenderaan rasmi Duta Besar Malaysia di UK.

Biarpun nombor plat tersebut belum pernah dilelong buat orang ramai tetapi harganya boleh mencecah hingga tujuh angka iaitu jutaan ringgt.

anwar ibrahim
2025-03-13 14:25:12

"Gaji Ahli Parlimen Cecah RM40K Takkan Miskin Lagi? Beli Kereta Banyak & Isteri Banyak Mungkinlah" - PMX

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok