Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kereta yang dipercayai milik Duta Besar Malaysia di United Kingdom (UK) telah meraih perhatian susulan mempunyai nombor plat yang eksklusif iaitu ‘1M’.
Berharga lebih RM5 juta
Difahamkan, nombor plat tersebut bukan sekadar kombinasi huruf dan nombor biasa, jika ianya dijual, boleh mencecah sehingga £1 juta (RM6 juta).
Tidak mengetahui kenapa plat ‘1M’ itu mahal tetapi ia sememangnya bersifat eksklusif, di mana hanya ada satu di dunia dan huruf M itu mewakili ‘Malaysia’, malah sebelum ini pernah diguna oleh bukan individu biasa, namun kerajaan Malaysia sendiri.
Digunakan oleh Duta Besar Malaysia di UK
Nombor plat ‘1M’ ini merupakan special issue kepada Kedutaan Malaysia di London dan digunakan untuk kenderaan rasmi Duta Besar Malaysia di UK.
Biarpun nombor plat tersebut belum pernah dilelong buat orang ramai tetapi harganya boleh mencecah hingga tujuh angka iaitu jutaan ringgt.