Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Berniaga Perlu Usaha, Doa & Tawakal” – Ceburi Bidang Perniagaan, Zul Yahya Kini Berjaya Buka Pasar Raya Sendiri

Pelakon yang pernah menyeru pekerja dalam industri hiburan untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana akui rezeki yang diterima tidak berkat iaitu Zul Yahya kini dilihat telah menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.

Advertisement

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, Zul dilihat tidak segan berkongsi berita gembira berkenaan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart.

Menurutnya, perniagaan merupakan sebuah cabang yang besar sehingga memerlukannya untuk sentiasa berusaha, tawakal dan berdoa dalam menempuh dunia bisnes.

“Kami belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama. Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah.”

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang diperoleh Zul kini malah, mereka juga dilihat tidak terlepas memberi sokongan dan mendoakan kejayaan untuk perniagaannya itu.

Selain itu, pengikutnya juga seakan bangga kerana kini sudah ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam sama seperti pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew yang membangunkan pasar raya Elewsmart.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama