Bermula RM15000, Tabung Haji Umum Kos Haji Tahun 2025 Naik 20 Peratus

Travel

Bermula RM15000, Tabung Haji Umum Kos Haji Tahun 2025 Naik 20 Peratus

Pada hari ini, pihak Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kos untuk melakukan ibadah haji bagi tahun 2025 untuk setiap kategori yang ada.

Kenaikan kos tunai haji tahun 2025

Melalui laporan, seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang baru pertama kali menunaikan ibadah haji ditetapkan pada harga RM15000 (B40), RM23000 (M40), dan untuk kumpulan T20 pula perlu membuat pembayaran penuh sebanyak RM33300.

Advertisement

Difahamkan, kos kumpulan B40 serta M40 dinaikkan sebanyak 20 peratus susulan peningkatan beberapa kos di Tanah Suci.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) iaitu Syed Hamadah Syed Othman.

TH dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji tahun ini di mana ia masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah. Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat.

khemah VVIP jemaah Malaysia
6 months ago

Harga Pakej RM250K, Ramai Terpegun Lihat Khemah VVIP Jemaah Haji Malaysia - “Ada Lobster, Tandas Tak Perlu Beratur”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...