Bermula Januari 2020 Ini, Gaji Minimum Di 57 Bandar Utama Adalah RM1,200 Sebulan

Kehidupan

Bermula Januari 2020 Ini, Gaji Minimum Di 57 Bandar Utama Adalah RM1,200 Sebulan

Kadar gaji minimum di 57 bandar-bandar utama dinaikkan kepada RM1200 sebulan. Manakala untuk lokasi di luar daripada bandar-bandar ini, masih kekal dengan gaji minimum RM1100. Semenjak pembentangan bajet 2020 diumumkan, ramai yang tertanya-tanya tentang lokasi 57 bandar utama ini.

Kementerian Sumber Manusia memberitahu pelaksanaan kenaikan gaji minimum ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Keputusan untuk menaikkan gaji minimum di wilayah bandar utama ini adalah untuk meringankan kos sara hidup di bandar.

Advertisement

Bandar yang terlibat

Bandar utama yang terlibat dalam perintah kadar minimum baharu ini adalah seperti berikut:

  • Johor Bahru,
  • Iskandar Puteri,
  • Alor Setar,
  • Melaka Bersejarah,
  • Pulau Pinang,
  • Seberang Perai,
  • Ipoh,
  • Shah Alam,
  • Petaling Jaya,
  • Kuala Terengganu,
  • Kuching Utara,
  • Kuching Selatan,
  • Miri,
  • Kota Kinabalu,
  • Kuala Lumpur,

Manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.

Selain itu, bandar lain yang turut terlibat adalah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Kenaikan gaji minimum ini juga tertakluk kepada semua pekerja sektor swasta kecuali sektor khidmat domestik seperti mana kadar gaji minimum 2018.

Kadar minimum ini akan terus disemak sesuai dengan keperluan semasa dan selaras dengan hasrat mencapai kadar minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pakatan Harapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...