Setiap ibu bapa pastinya ada cara mereka yang tersendiri dalam menyokong minat anak-anak. Baru-baru ini, seorang pelukis berkongsikan bagaimana bakatnya itu dibentuk sejak kecil dengan dorongan daripada ibunya.
Sejak daripada kecil lagi, dia sering memasuki pertandingan melukis yang dianjurkan oleh KFC. Siapa sangka dalam diam, ibunya telah melakukan satu ‘pembohongan sunat’ dalam mendorong anaknya untuk terus melukis.
When i was a kid, i used to enter those KFC fun club TV3 drawing contests. I sent few times & my mom was in charge to post those, until one day she came home with a big hamper and some other toys, told me that my drawing won the contest ?!
I was so happy back then until… https://t.co/U0ZLH2N4x4
— Nas (@NasSuha_) January 23, 2020
Semua karya lukisannya akan dihantarkan oleh ibunya sendiri pada penganjur pertandingan. Sehinggalah pada satu hari, ibunya membawa pulang hamper serta hadiah dan mengatakan dia telah memenangi pertandingan melukis itu.
Sehingga beberapa tahun kemudian, barulah dia tahu yang sebenarnya dia langsung tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan melukis semasa kecil. Semua hadiah yang diterimanya adalah pemberian dari ibunya sendiri.
Beri impak besar
Walaupun terkejut dengan berita itu tetapi dia turut gembira kerana apa yang dilakukan oleh ibunya memberikan impak yang besar pada hidupnya. Bukan sahaja dia menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan cita-citanya itu malah dia juga semakin yakin dengan bakat melukis dimilikinya itu.
Sehingga kini, dia langsung tidak bertanyakan tentang rahsia itu pada ibunya. Namun dia lega dan bangga dengan apa yang boleh dilakukan oleh seorang ibu dalam mendorong anak-anak mereka.
Hasil karya lukisan
Bukan biasa-biasa lukisan yang dihasilkan oleh nassuha_ ini yang kini menjadikan bakatnya itu sebagai sumber pendapatan utama. Rata-rata netizen turut kagum dengan cara dorongan yang diberikan oleh ibu pelukis ini kerana sangat memberikan impak yang besar. Siapa sangka bermula daripada dorongan kecil itu mampu mengubah segalanya dalam kehidupan pelukis ini.