Bermula 1 Januari 2020, Pengguna Netflix Dan Perkhidmatan Digital Lain Dikenakan Cukai 6%

Trending

Bermula 1 Januari 2020, Pengguna Netflix Dan Perkhidmatan Digital Lain Dikenakan Cukai 6%

Mulai 1 Januari tahun depan penyedia perkhidmatan  digital asing bakal dikenakan cukai 6%. Dewan Rakyat semalam telah meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Advertisement

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata ia bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang diwujudkan.

Sebenarnya kita nak sediakan level playing field. Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai ini, tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai ini.

Ini bukan cukai baharu tapi kita luaskan skop kepada penyedia perkhidmatan ini yang berada di luar ngeara yang menyediakan perkhidmatan ini,” katanya menggulung perbahasan tersebut.

Katanya, Malaysia turut mengambil contoh pelaksanaan cukai sama di beberapa negara lain sebagai penanda aras seperti Norway sebanyak 25 peratus, Rusia 18 peratus manakala New Zealand 15 peratus.

Cukai perkhidmatan tersebut hanya dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia, sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan.

 

Jelasnya, perkhidmatan digital merangkumi mana-mana perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik yang serupa, yang mana tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan teknologi maklumat.

Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-marketplace, langganan sistem storan berasaskan perkomputeran awan (cloud computing) serta pembelian perisian komputer secara atas talian.

Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat Internet Protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian/langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia,” jelasnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...