Pada zaman sekarang ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianggap penting dalam menentukan masa depan seseorang. Namun begitu, lain orang, lain jalan hidupnya.
Seorang pengguna Twitter memberitahu, berbekalkan model RM 20 dan bakat yang dimiliki. dia mencipta keuntungan dengan menjual hasil seni dalam bentuk miniatur bangunan dengan harga sehingga RM 500.
ingat lagi masa lepas spm terigin nak sambung blajar art&design atau architecture tapi tak lepas sebab kurang mampu untuk sambung blajar kos mahal. so aku cuba buat art sendiri then jual kt group hobby facebook,ada la sorg beli art aku ni dengan rm500 bermodalkan rm20 je ?. https://t.co/zSaPsnDsVN pic.twitter.com/KYw6QnH2Aw
— ?ikqbl (@nikiqbal55) March 5, 2020
Berikut ialah gambar-gambar hasil seni tersebut dengan lebih terperinci:
“Sejak itu mampu kumpul pendapatan RM 2,000 sebulan.”
sejak dari tu ramai orang tempah kat aku art2 macam ni sampaikan aku dapat kumpul duit dalam sebulan rm2k.
so dengan duit tu aku bagi sikit kat parents.then aku kumpul lagi duit dari cust art ni aku buat investment yang trusted sampaikan aku boleh travel ke jepun dengan kawan??— ?ikqbl (@nikiqbal55) March 5, 2020
“Masa depan tak semestinya bergantung kepada keputusan peperiksaan.”
so apa yang aku nak cakap untuk baru lepasan SPM ni sebenarnya kerjaya kita tak semestinya bergantung pada result tapi pada minat masing2 atau usaha kita.kita tak boleh jadi macam orang lain kita kena jadi diri sendiri,cabar diri untuk kejar masa depan.??
— ?ikqbl (@nikiqbal55) March 5, 2020
Pengguna itu turut mengongsikan akaun Instagram di mana dia mengongsi gambar-gambar kesemua hasil seninya iaitu @nikartwork
Buat hampir kesemua orang, keputusan SPM ialah penentu jalan hidup, tapi bagi segelintir manusia lain yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi, ia bukan segala-galanya.
Lakukan apa saja yang diinginkan dengan sebaik mungkin, pasti ada kejayaan yang menanti. Lebih baik daripada membuat pinjaman pendidikan sehingga RM 60,000 untuk masuk ke institusi pengajian tinggi awam tetapi mendapat gaji permulaan hanya RM 1,500 untuk pekerjaan berkelayakan ijazah, bukan begitu? – amazingnara.com