Memilih nama Umar untuk anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 9 September lalu, pelakon tampan Hafidz Roshdi menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, memaklumkan maksud nama anak lelakinya itu.
Menurut Hafiz, nama anak keduanya itu bermaksud memakmurkan.
https://www.instagram.com/p/CFhGtHMFrn_/?utm_source=ig_embed
“Alhamdulillah, Umar bin Muhammad Hafidz. Umar nama sahabat Nabi Muhammad S.A.W, maksud yang memakmurkan.”
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji nama anak aktor tersebut biarpun beliau masih merahsiakan wajah bayi keduanya. Selain mendoakan agar puteranya itu membesar menjadi insan yang berguna, pengikut pelakon yang popular menerusi drama “Baby Ana Milik Siapa?” itu juga silihat tidak lekang memanjatkan doa agar kehidupan rumah tangga yang dibina bersama isterinya kekal bahagia selamanya.
https://www.instagram.com/p/CE5cE5SlTfX/
Hafidz sebelum ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan anak pertama, Humairah pada 9 September 2017 yang kebetulan sama tarikh dengan kelahiran anak keduanya itu.