Selepas keguguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu pada bulan Jun lalu, sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan Fasha Sandha kembali hamil, selepas salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram menampakkan bahagian perutnya kelihatan seperti ada ‘baby bump’. Namun, pelakon wanita itu tidak memberikan sebarang kenyataan.
Terbaru, Fasha memberi bayangan bahawa dia kini sedang hamil apabila memuat naik gambar keluarga dengan kapsyen “berlima”. Ia menguatkan lagi spekulasi kehamilannya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Fasha dan mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik dan kandungan kali ini menjadi.
Jika berita ini benar, tahniah kami ucapkan kepada Fasha. Semoga segala urusan dipermudahkan.

korok
September 23, 2019 at 2:32 pm
jap bertudung ala2 suci…jap free hair…tp xpa peminat still puji ko lawa…hot…xyah nak hint sgt la…dh besar sarat sok org pun akan tau…
Shi
September 22, 2019 at 11:28 am
dah baca berita baik tu.Amin kan je la.Mudahan nanti doa yang baik2 tu korang dapat balik balasannya untuk diri sendiri dan keluarga kita sendiri ,mudahan.