Bekas isteri finalis Imam Muda Syed Faris meluahkan kekecewaan selepas dia didakwa mengabaikan tanggungjawab nafkah anak mereka.
Menurut Hidayu, bekas suaminya itu culas membayar nafkah anak seperti yang diperintahkan mahkamah iaitu RM2,000 sebulan untuk lima orang anak.
Tambahnya, sehingga kini pendakwah bebas berkenaan masih gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut mengikut waktu yang sepatutnya.
Makin lama makin banyak tunggakan bulanan yang tidak dijelaskan, jadi ia boleh menganggu proses pendidikan anak-anak.
Jelas Hidayu, perkara itu berlarutan semenjak tahun 2021 dan dia terpaksa mendahulukan duitnya serta dibantu oleh ahli keluarga kerana bekas suami tidak membayar nafkah tersebut.
Dalam pada itu, wanita berusia 36 tahun tersebut sempat memberikan pesanan kepada bekas suami menerusi satu temu bual baru-baru ini.
Buat Imam Muda Syed Faris, sejujurnya anak-anak memerlukan belanja yang mencukupi. Kalau boleh jangan lupalah, nafkah tu tetap pada bapa walaupun saya dah kahwin baru. Kalau boleh jalankanlah tanggungjawab seperti yang telah diamanahkan.
Terdahulu, Syed Faris menceraikan Nur Hidayu pada Julai 2020 selepas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-13 dan selepas pendakwah itu berkahwin kali kedua di Songkhla, Thailand pada Mac, tahun yang sama.