Berlangsung 8 Jam, Bedah Siasat Zara Qairina Selesai

Hiburan

Berlangsung 8 Jam, Bedah Siasat Zara Qairina Selesai

Pada 10 Ogos 2025, lebih 50 orang, termasuk anggota media, mula berkumpul di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) seawal 8 pagi bagi mengikuti perkembangan proses bedah siasat jenazah Zara Qairina Mahathir.

Jenazah Allahyarham tiba di hospital pada pukul 10.30 malam semalam, dan bedah siasat dijalankan pagi ini.

Advertisement

Selepas prosedur selesai, jasad akan diserahkan kepada keluarga untuk disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu.

bedah siasat zara qairina selesaiSumber : NSTP 

Proses gali semula kubur Zara Qairina dilaporkan selesai pada pukul 7.15 malam semalam, dan jenazah dibawa ke HQE I dalam tempoh lebih kurang tiga jam.

Langit jelas dan cerah pagi itu  berbeza dengan hujan lebat yang berterusan ketika proses ekskavasi di Sipitang pada hari sebelumnya.

Sebelum ini, Peguam keluarga, Hamid Ismail, memaklumkan bahawa proses bedah siasat jasad Allahyarham akan dilakukan jam 9 pagi esok di Hospital Queen Elizabeth 1, seperti dimaklumkan oleh stesen TV tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kubur Zara Qairina digali semula
2025-08-10 18:15:37

"Itu Bukan Suara Zara, Mohon Jangan Sebar Fitnah" - Peguam Jawab Isu Video Arwah Zara Minta Tolong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...