Baru-baru ini, melalui platform X, tular video memaparkan klip pendek daripada live usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ‘membocorkan’ rahsia penyanyi hebat tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza.
Rahsia 12 tahun yang lalu ‘dibocorkan’..
Dalam live tersebut, Aliff berkata Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai TokTi tidak perlu mengharapkan hasil jualan di live TikTok kerana pendapatan sebagai seorang penyanyi sudah pun mencukupi.
Dia suka-suka je dik! Tak payah nak harap-harapkan live dia tu. Sekali nyanyi ratus ribu, sekali konsert juta-juta. Entah siapa paksa dia buat live pun aku tak tahu.
Aliff Syukri revealed just how powerful Siti Nurhaliza’s brand really is.
Siti earns hundreds of thousands per show, brings in millions through endorsements, and effortlessly sells products during her casual live sessions.
A true powerhouse in every sense 👑💰💅 https://t.co/AHGDWxpREa pic.twitter.com/KV156mAuTQ
— 고운 흰 천 (@BAD_ARSILA) August 7, 2025
Dedah usahawan itu lagi, pada 12 tahun yang lalu, dia pernah panggil TokTi untuk menyanyi dan ketika itu, harga untuk sekali menyanyi membolehkan dia membeli satu kereta berjenama Honda.
Simpan impian mahu berkolaborasi bersama TokTi
Tambahan Aliff lagi, dia memang mempunyai impian untuk berkolaborasi bersama Biduanita Negara itu bagi jenama beg keluaran syarikatnya, malah akui tidak kisah jika tidak mendapat untung semula.
Tapi nak panggil endorsement tu berjuta-juta dik, takut..
Sekadar info, sebelum ini Aliff pernah meluahkan rasa gembira kerana Siti Nurhaliza membeli beg jenamanya ketika sedang membuat live bersama anak sulung, Ammayan.