Berlakon “Offer” Projek Untuk Tipu Duit Ribuan Puluh Ringgit, Jaga-Jaga Dengan Operandi Scammer Ini

Trending

Berlakon “Offer” Projek Untuk Tipu Duit Ribuan Puluh Ringgit, Jaga-Jaga Dengan Operandi Scammer Ini

Sekarang ini macam-macam cara orang nak menipu. Yelah, nak dapatkan duit bukan perkara yang mudah. Tapi untuk dapatkan dengan cara yang kotor atau menipu ni memang keji lah.

Advertisement

Sebab itu kita perlu sentiasa peka dengan orang-orang yang tidak dikenali. Jangan mudah gelap mata apabila dapat tawaran projek terutamanya bernilai puluhan ribu ringgit.

Contohnya kes yang menimpa wanita ini. Beliau mengusahakan perniagaan makanan dan hampir ditipu berpuluh ribu ringgit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ayuh baca modus operandi yang digunakan oleh scammer tersebut. Beringat sebelum kena! Moga kita semua dijauhkan dengan penipuan seperti ini.

Berlakon Depan Mata…

3, 4 hari lepas akak dapat offer… Supply nasi 100 bungkus sehari selama 6 bulan. Satu kepala dia kira RM 12 termasuk air. Sounds good kan… Kalau betul, Alhamdulillah, rezeki…

Hari ni, konon-konon bos nombor 1 nak jumpa akak bincang pasal agreement semua. Lepas semua berbincang… Okey dia setuju bayar deposit RM 72K dalam masa seminggu ni. Duit makan sebulan, deposit sebulan. Dalam masa yg sama, deme ada deal satu jualan tanah… Tuan tanah nak pakai duit. Bapa mertua sakit, urgent. Nak RM 400K. Harga tanah tu… RM 800K.

Depan akak, bos nombor 1 bagi cash RM 30K. Suruh bagi deposit kat tuan tanah. And cepat-cepat pergi, konon ada urusan nak cepat pergi Singapore, so tak boleh diganggu. Lepas berbincang-bincang dengan bos nombor 2 tuan tanah tu tetap nakkan RM 400K hari ni jugak… Bos nombor 2 cakap dia hanya ada cash RM 200K saja, and RM 200K lagi dia tengah usahakan… Tetiba minta kat akak pulak… Eh, apa kena-mengena akak dengan urusan jual beli tanah deme?

Dia kata nanti dia akan bagi komisyen kat akak… Sebab tanah tu nanti akan jual balik RM 1.2 juta.. Dia minta akak bantu dulu RM 10K atau 20K… Akak cakap, akak duit takde. Air liur adalah…

Modus Operandi Si Scammer

Gagal memujuk akak… Walaupun dah bagi akak minum air ntah apa. Sebab jumpa kat McD tapi air bawa dari luar… Hahahaha. Lepas jumpa, lelaki cina tu call tanya pasal RM 10K. Akak cakap takde. Perempuan yang nak order nasi tu dah off HP… Memang sahlah kaki scammer.

6 orang terlibat
1) Tukang order nasi
2) Manager – cina
3) Assistant manager
4) Bos nombor 1 -cina
5) Tuan tanah
6) Driver – melayu berkopiah

Nasib baik akak tak pakai apa-apa barang kemas, tak bawa duit tak bawa kad bank… Syukurlah takde apa-apa jadi kat akak. Sebelum keluar baca ayat qursi banyak-banyak. Sebab akak risau dipukau.

Rupanya ramai yang dah terkena. Ramai yang PM akak. Modus operandi yang sama…. Terima kasih lah Saidila Abdul Rahman dengan Suhaidi Jairisemalam ingatkan akak. Meh peluk sikit.

Penipuan Dah Dirancang

Akak sempat snap pic makcik ni jer… Makcik ni lah yg hari-hari call deal pasal nasi tu. Menurut kata pakcik yang akak suruh follow akak senyap-senyap masa akak pegi deal tu, dia nampak semua yang datang tu turun dari Hotel Aston, Nilai. Deme berkampung kat situ rupanya…

Sumber: Norlaila Dlaila Dlaila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...