Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berlakon Kemudian Menyanyi : Janna Nick Nafi Tiru Ayda Jebat

Janna Nick nama yang semakin popular dalam industri hiburan tempatan. Mula sebagai seorang pelakon, kini Janna sudah bergelar penyanyi apabila melancarkan single pertamanya Mungkin Saja.

Melihat kepada perkembangan karier Janna, ramai yang mendakwa aktres itu cuba untuk meniru Ayda Jebat.

Advertisement

Namun, Janna menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau hanya ingin mengembangkan lagi bakatnya dan belum setanding dengan Ayda.

Buat Janna, sebagai seorang penghibur beliau harus melakukan sesuatu yang baharu selain bidang lakonan.

Saya tidak setanding Ayda Jebat dan tidak layak pun untuk bertanding dengannya lagi pun tujuan saya cuba bidang ini bukan untuk bersaing malah saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Tujuan saya ke arah nyanyian ini adalah mahu belajar dan mencari sesuatu yang dekat dengan jiwa dan bukannya kerana tamak atau menandingi sesiapa.

Advertisement

Impian saya untuk menjadi seorang penghibur, jadi saya tidak mahu menghadkan karier hanya dalam lakonan semata-mata. Untuk ke arah itu, saya perlu mencuba pelbagai cabang dalam industri hiburan seperti berlakon, menyanyi, mengacara dan sebagainya.

Baguslah kalau Janna mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang hiburan Malaysia.  Namun, jangan hilang fokus dan jaga kualiti kerja anda.

Sumber Berita : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top