Janna Nick nama yang semakin popular dalam industri hiburan tempatan. Mula sebagai seorang pelakon, kini Janna sudah bergelar penyanyi apabila melancarkan single pertamanya Mungkin Saja.
Melihat kepada perkembangan karier Janna, ramai yang mendakwa aktres itu cuba untuk meniru Ayda Jebat.
Namun, Janna menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau hanya ingin mengembangkan lagi bakatnya dan belum setanding dengan Ayda.
Buat Janna, sebagai seorang penghibur beliau harus melakukan sesuatu yang baharu selain bidang lakonan.
Saya tidak setanding Ayda Jebat dan tidak layak pun untuk bertanding dengannya lagi pun tujuan saya cuba bidang ini bukan untuk bersaing malah saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Tujuan saya ke arah nyanyian ini adalah mahu belajar dan mencari sesuatu yang dekat dengan jiwa dan bukannya kerana tamak atau menandingi sesiapa.
Impian saya untuk menjadi seorang penghibur, jadi saya tidak mahu menghadkan karier hanya dalam lakonan semata-mata. Untuk ke arah itu, saya perlu mencuba pelbagai cabang dalam industri hiburan seperti berlakon, menyanyi, mengacara dan sebagainya.
Baguslah kalau Janna mempunyai cita-cita yang tinggi dalam bidang hiburan Malaysia. Â Namun, jangan hilang fokus dan jaga kualiti kerja anda.