“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” – Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama

Hiburan

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” – Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama

Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada meluahkan rasa kesal kerana telah dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.

Kata Reen yang ditemui program hiburan Melodi, dia sudah terlibat dalam bidang lakonan selama 11 tahun dan ini merupakan kali pertama dia mengalami insiden seperti itu.

Advertisement

Jelasnya, pelakon senior yang tidak disebut namanya itu telah bertindak mencekiknya sehingga menyebabkan dia berasa seperti hendak pengsan ketika di set.

Sebenarnya babak itu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap.  Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri, tak nak panjang-panjang cerita.

Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real.

Berikutan itu, pelakon Fezrul Khan berasa terpanggil untuk menjawab dakwaan itu dan turut memuat naik babak yang dikatakan ‘mencekik’ Reen di TikTok miliknya.

@fezrulkhan

This is ending scene for batu syaitan. Korang tgk dan nilai kan. Kalo belaja jujitsu pon u guys tak le choke sebla tangan. Tanye la bf ko yg stunt man tu. director cut ko bole jerit ngan ako eh. Ako da lebih 20 tahun belakon ko? Ko buat cite ape eh? Awak da makan jom kite g makan. Ni horror faham ke idok? Ke ko saje nak tunjuk depan bf ko? Next time ako tak nak belakon ngan org mcm ni. Blakon utk glamour. Eh leonardo dicaprio tangan bleeding pon die tak de complain. Skrang ko tau tak level belakon ko tahap mane? Belakon kene jujur bukan utk glamour

? original sound – G – G

Anda boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tanyalah teman lelaki awak yang stuntman tu.

Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau.

Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak akan berlakon lagi dengan Reen Rahim kerana merasakan aktres itu perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lufya Omar Julia Farhana
1 year ago

“Tak Payah Cari Buruk Ex” - Lufya Omar Nafi Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Anggap Julia Masih 'Mentah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...