Berlakon Di Bilik Mayat, Uyaina Arshad Terpaksa Rahsiakan Daripada Ibu Bapa

Hiburan

Berlakon Di Bilik Mayat, Uyaina Arshad Terpaksa Rahsiakan Daripada Ibu Bapa

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakannya apabila menjalani penggambaran di bilik mayat di sebuah hospital.

Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad mengakui dirinya seorang yang sangat penakut dan terpaksa merahsiakan lokasi penggambaran fiem Siapa Tutup Lampu? itu daripada pengetahuan ibu bapanya.

Advertisement

Menurut Uyaina, 29, terdapat babak yang mereka berlakon dalam bilik mayat, penggambaran di lokasi berkenaan berlangsung selama dua hari.

Masuk petang habis subuh. Memang scary, sebelum masuk tu saya ada tanya-tanya. Mujur masa shooting tu ramai-ramai, kalau seorang diri memang saya tak berani masuk.

Walaubagaimanapun, juara Pencarian Nona Manis 2015 itu bersyukur sepanjang penggambaran berlangsung, tidak ada apa-apa kejadian yang berlaku.

Saya tak bagi tahu emak tentang lokasi penggambaran, sebab kalau beritahu mesti dia tak bagi nanti.

Pernah menyaksikan sendiri gangguan di set penggambaraan sebelum ini, Uyaina berkata dia mempersiapkan diri bagi mengelakkan sebarang unsur mistik berlaku.

Info tambahan, filem Siapa Tutup Lampu? arahan pengarah muda Aliff Ihsan Rahman ini bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 November depan.

Uyaina Arshad
3 years ago

Uyaina Arshad Diberi Peluang Teroka Watak Mencabar

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...