Biarpun kehidupan sejak beberapa tahun yang lalu sangat sakit untuk dilalui buat pelakon Puteri Sarah, namun, disebabkan keperitan rezekinya kini tidak putus-putus.
Terbaharu, Puteri Sarah atau mesra disapa sebagai Sarah itu memberitahu bahawa dirinya bakal melebarkan sayap sebagai seorang pelakon di negara jiran iaitu Indonesia.
Menurut pelakon tersebut, dia bakal membintangi sebuah filem Indonesia dan ia merupakan satu projek berskala besar.
View this post on Instagram
Saya juga bakal menjalani latihan lakonan di sana, saya sedang belajar untuk bertutur di dalam Bahasa Indonesia.
Biarpun berasa teruja, dia tidak dapat mendedahkan secara terperinci mengenai filem yang bakal dibintangi olehnya itu kerana semua masih di dalam proses.
Katanya lagi, peluang tersebut hadir sewaktu dia dipilih untuk menjadi duta bagi satu produk makanan tambahan dan nak dijadikan cerita, pemilik produk itu merupakan seorang produser filem-filem di Indonesia.
Tambahan ibu anak dua itu, dia juga bakal digandingkan dengan aktor pujaan ramai, namun tidak boleh mendedahkan identitinya lagi.